Sunday, December 10, 2017

Anak ketiga

Alhamdulillah syukur pada Allah..aku dan isteri dikurniakan anak yang ketiga..sejak abah meninggal aku menyepi lama dari dunia blog..anak ketiga ni diberi nama nur iman nadhirah..moga achik iman akan menjadi anak yg solehah mengikuti jejak along n angah..

Saturday, May 28, 2016

Abah sudah tiada..

Dah lama aku tidak aktif dalam blog ni..kira2x hampir dua tahun..ini adalah kerna aku sibuk dalam urusan pertukaran kerja dari kilang ke gomen..

Aku ada apply program master sejurus tamat belajar dahulu. Nak buat master research ni kena jumpa mana2x supervisor dulu..aku memutuskan untuk jumpa Dr.Chuah sebab dulu aku dapat markah A - untuk final year project dulu iaitu thesis aku berkenaan preparations and properties of zinc oxide (ZnO) nanostructures electrochemical anodization method.
Ok..bersambung balik..lepas jumpa Dr. Chuah..beliau telah memberikan tajuk untuk master research ni pasal tungsten.. sebenarnya banyak bole pilih tapi aku pilih berdasarkan kepada persetujuan supervisor dan material...kemudiannya aku buat la proposal pasal research ni.
Kemudian baru aku apply dalam website USM..dan tunggulah beberapa bulan untuk keputusan kemasukan ke master..

Tanpa disangka..sepanjang menunggu keputusan master..aku ditawarkan keja gomen di DCA..maybe rezeki anak no 2..
Apalagi bak ibarat pucuk dicita ulam mendatang..terus bagi resignation letter pada boss..gila ah..10 tahun keja kilang dari tahun 2004 sampailah 2014..
Tapi apa yang kurasa banyak pengalaman sepanjang bekerja dikilang..pernah dihantar ke Santa Rosa California US..untuk product transfer selama hampir 3 bulan pada tahun 2009..syok betui..
Selepas beberapa bulan di gomen..keputusan master keluar..aku diterima masuk..
Apakandaya aku berkursus di akademi penerbangan malaysia di sepang..dengan jadual peperiksaan yang padat pada setiap minggu..di sana aku terpaksa lulus primary ATC..aerodrome control n approach procedural control..teori n praktikal..memang stress tahap gaban..akhirnya cita2x sambung master lenyap terus..
Aku ada dihubungi oleh unit kemasukan IPS USM berkenaan kemasukan..aku hanya berkata maaf Puan..saya x boleh buat masa ini dan dengan rasminya aku menolak..
Masa tu aku baru lulus kursus primary ATC n first attachment kat penang tower sekitar bulan 3 tahun 2015..
Berbalik kepada tajuk di atas..sebenarnya aku berasa sangat sedih apabila diberitahu Abah sudah tiada..sedih sangat2x..Abah adalah pendorong aku selama ini selepas Mak dan isteri aku..selalu aku berbual melalui telefon..pada malam Abah meninggal hatiku berasa tidak sedap  hati lantas aku balik juga malam tu..ketika itu aku sudah pun lulus semua kursus dan ditempatkan di pusat kawalan trafik udara subang Selangor..
Dan pada pukul 5.15 pagi aku dikejutkan oleh panggilan telefon adik aku farah mengatakan Abah sudah tiada..
Rasa macam x percaya..bergegas aku,  isteri n anak ke jitra.. Abah meninggal di jitra..rumah Farrah..sampai disana.x mampu aku ucapkan..tabah sabar n redha atas pemergiannya..muka Abah sungguh tenang..meninggal dalam tidur..aku menenangkan perasaan emak dan farah..alhamdulillah..aku bersyukur dapat memandikan abah ..mengkapankan dan menyembahyangkan solat jenazah untuk Abah..
Orang lelaki ni bila berlaku peristiwa sedih semacam ni..hati dan perasaan masih cool..maybe x mahu tunjuk sedih depan family..tapi selepas a couple of weeks..bergenang airmata..lepas solat..rindu pada Abah ..keja pulak jauh dari isteri,anak2x, Mak n family..tambah pulak minggu depan dah nak masuk ramadhan..aduh syahdunya..
alfatihah buat Abah..

Tuesday, August 26, 2014

syukur

Alhamdulillahirabbil alamin..


Syukur pada Allah, aku telah layak berijazah..Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian Fizik ..dan aku akan berkonvo di USM pada bulan Nov 2014 ini.

Lama sungguh tempoh pembelajaran jarak jauh ini sedari tahun 2009 hinggalah ke tahun 2014..
Dari seorang bujang, berkahwin, hinggalah ke anak dua.. Anak sulung Nur Insyirah Maisarah dan anak kedua Nur Irdina Haziqah..
Tidak kusangka, pantas sungguh masa berlalu..Betul la, dunia semakin dekat dengan kiamat..lima tahun sungguh cepat..

Dan dari diriku seorang yang kurus ..hinggalah gemuk..hehe

Aku ingin berterima kasih kepada isteriku, insan yang tersayang iaitu Rosmawati binti Othman, kerana telah banyak menolongku dari pelbagai aspek. yang banyak menjaga anak, mengemas rumah, memasak, pendorong agar aku terus berjaya dan segalanya.. sepanjang tempoh belajar ini, selama tiga minggu setiap tahun, aku terpaksa tinggal di usm..terpaksalah tinggalkan keluarga..

Hanya Allah saja yang dapat membalasanya..moga Allah mengurniakan syurga buat isteriku.

Tidak lupa juga kepada kedua ibubapaku yang tersayang, Afzeah binti Abd Manaff dan Ab Basir bin Salleh.. kedua insan insan ini selalu mendorong aku.moga mak dan abah gembira dengan pencapaian bangah ini..moga Allah memberikan syurga buat mak dan abah..

Buat adik beradik yang lain, terima kasih kerana memahami situasi bangah selama bergelar pelajar jarak jauh.. iyalah..kadang2x..tidak dapat menghadirkan diri di majlis kenduri dan sebagainya.. semoga kita semua mendapat syurga dari Allah..

walhamdulillahirabbil alamin..

Tuesday, March 25, 2014

anak kedua...

Alhamdulillahirabbilalamin..

sedar x sedar..aku dan isteri dikurniakan anak kedua pada 30 November 2013 yang lalu..sudah lama aku tidak mengemaskini blog aku ini..yang kedua masih perempuan..diberi nama Nur Irdina Haziqah..yang bermaksud cahaya kehormatan kami yang cerdik pandai.. aku tidak kisah sangat samaada bayi lelaki atau perempuan asalkan selamat, cukup semua sifat..sebenarnya ada kisah disebalik pencarian anak aku ini.. setelah dpilih, akhirnya aku dan wife mengambil keputusan untuk meletakkan nama irdina..timbul pula saranan adik aku yang bongsu yang bersekolah di sms sultan mohamad jiwa dan mencadangkan agar nama Haziqah pada hujung pangkal nama itu..kerana menurut adik aku..kawannya yang bernama Haziqah itu merupakan pelajar pintar disekolahnya..menjadilah Nur Irdina Haziqah.. semoga Irdina dan Insyirah menjadi anak yang solehah..abah doakan yang terbaik untuk kamu berdua..kalau abah tiada nanti..jagalah mama sampai akhir hayat dikandung badan..

Tuesday, October 22, 2013

tahun akhir pengajian

salam semua,  dah lama aku x menulis blog, sesi 2013/2014 ni merupakan tahun akhir bagi aku untuk menamatkan kursus B.Sc (Hons) Physics di USM ni..
untuk sesi ni aku mendaftar untuk subjek berikut;

JIF490- Final project
JIF 319- Computational Physics
JIF 315- Mathematical Methods
JIF415- statistical mechanics
JIF212-Optics
JIM211-Advanced Calculus

Semoga aku dapat graduate pada bulan 9 tahun hadapan.



Thursday, September 27, 2012

tahun pengajian telah bermula..

alhamdulillah..baru habis mode raya 2012, aku akan memulakan sesi pengajian 2012/2013 ni..pada sesi ni..aku mengambil 6 subjek saja iaitu quantum mechanics, statistical mechanics, solid state physics, nucleur and radiation, material science and practical 4.  aku igt aritu bolelah graduate pada sesi ni..namun takdir sudah ketentuan Ilahi..aku kantoi dua paper pada tahun 3..terpaksalah aku carry nanti untuk tahun 5 bersama final project dan advance calculus...impian untuk graduate untuk 4 tahun lenyap seketika..hehe..aku harap sgt agar results tahun 4 ni lebih baik..InsyaAllah..beginilah realitinya kehidupan aku dari seorang bujang, berkahwin hinggalah ada anak seorang..masih lagi study....bilalah nak abih ni..hehe

Wednesday, January 11, 2012

anak dan tahun baru Masihi 2012

AlhamdulillahiRabbilAlamin..syukur kepada Allah. S.W.T...pada 17 Disember 2011 yang lalu, jam 12.42 pagi...isteriku telah selamat melahirkan anak sulung kami...baby girl...
bermula dengan sakit perut pada petang asar 16 Disember, kemudian setelah solat maghrib aku dan isteriku pergi ke Klinik Maya, Bujang. Doktor Maya menasihatkan kami pergi terus ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani.
sampai di HSAH, kami telah mendaftar di Labour Room, aku mulanya menyangka bahawa isteriku hanya sakit kecil saja kerana tarikh due adalah pada 21 Disember 2011.. Namun isteriku memberitahu setelah diperiksa ..isteriku terpaksa masuk kedalam labour room..
Aku diizinkan masuk kedalam labour room untuk menemani isteriku.. kemudian aku mengisi borang kebenaran masuk..
Nurse menyuruh isteriku makan sedikit untuk memberikannya tenaga..aku pun berlari lah dengan segera mencari kedai ..mujurlah kedai di lobi hospital masih buka..jam pada waktu itu dalam 9.35p.m..

Aku membelikan 2 kuih pau kacang, 2 roti gardenia coklat dan 2 tin milo ais...kemudian aku bergegas balik ke dalam labaour room..perasaan aku pada ketika itu amat tidak tenteram...hanya tawakkal kepada Allah..memohon supaya dipermudahkan segala urusan..sempat juga aku menelofn mak, mak mertuaku dan kaklong...
isteriku pula sudah kulihat tidak lalu makan,, namun aku paksa juga agar dia makan ...mungkin dia takut kot...aku selalu berpesan padanya..jangan takut..abang kan ada ni..Allah pun ada bersama kita..
sejurus selepas itu, aku menyuruh isteriku minum air selusuh dan air zam2x..

Nurse menyuruh aku keluar dahulu kerana selagi air ketuban tidak pecah aku dikehendaki berada diluar..Nurse akan memaklumkan pada ku sekiranya air ketuban telah pecah...

Aku berada diluar dengan perasaan gelisah..menunggu nama ku dipanggil...alhamdulillah..dalam pukul 11p.m nurse telah memanggil aku masuk ke dalam..air ketuban telah pecah...

aku terus membaca ayat suci al-Quran..apa yang aku hafal semasa di SMKA Yan, semunya aku baca..aku mengerti bahawa...isteriku berada dalam keadaan sakit yang amat sangat..betullah apa yang aku dengar selama ini..aku hanya berpesan kepda isteriku agar sabar dan ingat kepada Allah..aku pasrah andai apa yang berlaku selepas itu...air mataku turut bergenang melihatkan peristiwa tersebut..

alhamdulillah...sampai pada ayat pertengahan surah As- Sajadah...dengan tiga kali push...alhamdulillah...bayi perempuan selamat dilahirkan... terima kasih juga kepada doktor wanita dan nurse yang menyambut..aku bersyukur ke hadrat Allah..

sejurus selepas itu, aku membaca bismillah dan terus memulakan Azan di telinga kanan dan Qamat di telinga kiri..kemudian aku mencium anak sulung kami..alhamdulillah semua sudah selamat...aku sempat mengucapkan terima kasih kepada isteriku dikala itu kerana telah selamat melahirkan anak pertama kami...

Anak sulung kami ini dinamakan dengan nama Nur Insyirah Maisarah binti Mohd Faizal bin Ab Basir bin Salleh bin Shahabudin bin Lebai Awang..Semoga Kaklong menjadi insan yang solehah, sejahtera di dunia dan di akhirat..abah doakan untuk kaklong Nur Insyirah Maisarah..
Abah sayang sgt2x kat Mama dan Kaklong..

dan untuk tahun baru ini..aku hanya inginkan tahun ini adalah lebih baik dari tahun2x lepas..Ya Allah , Ya Tuhan kami, peliharalah diri kami dan kaum keluarga kami dari azab api neraka..masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu...Amin Ya Rabbal Alamin..