Alhamdulillahirabbil alamin..aku dah berkahwin..tanggal 12 mac 2011 yang lalu menjadi saksi bagi semua orang yang hadir di masjid titi teras balik pulau bahawa dengan sekali lafaz, aku sah bergelar suami kepada rosmawati binti othman...
rasa mcm mimpi je..hehe..
pada hari itu diadakan kenduri sebelah isteriku dan hari esoknya diadakan kenduri di umah aku merbok...
alhamdulillah semuanya sudah halal dan selamat...kami berdua memilih phuket sebagai destinasi untuk berbulan madu..21/3/2011 hingga 23/3/2011...kemudian kami menyambung honeymoon di langkawi bermula 25/3/2011 hingga 27/3/2011..banyak kenangan dan gambar yang kami perolehi..x larat nak cuci..hehe
satu berita gembira yang amat aku dan isteriku tunggu adalah berita tentang kehadiran bayi pertama kami..isteriku disahkan hamil oleh doktor..isteriku hamil 5 minggu..alhamdulillah..rezeki...sungguh ..aku x sabar menunggu kelahiran anak kami yang pertama ini..
final exam aku pun dah berakhir...aku dapat rasa bahawa result tahun kedua ini lebih baik dari tahun satu...sama2xlah kita tunggu no...