Wednesday, January 26, 2011

cepat sungguh masa berlalu...

Alhamdulillahirabbilalamin...syukur pada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana...
sedar x sedar..arini sudah 27 Januari 2011..hari bahagia aku semakin dekat..
InsyaAllah..aku akan diijabkabulkan pada 12 Mac 2011 ini di Masjid Titi Teras, Balik Pulau..
Pada 7 Februari ini aku akan pergi ke Jabatan Agama Islam Sg. Petani Kedah untuk mengambil surat kebenaran bernikah..
Segala persiapan telah hampir sepenuhnya aku lakukan..bermula dari ikatan pertunangan pada 8 Ogos 2010 yang lalu..kursus kahwin pada 25 dan 26 September 2010 tahun lepas..barang2x hantaran...kad kahwin...alhamdulillah..
Semakin lama aku mengenali sidia..semakin lama aku menyayangi dia..sepanjang tempoh ini..banyak benda yang aku pelajari.. antaranya..erti sebuah perhubungan..betullah org kata..x kenal maka x cinta...

Aku x sabar untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami..

Ya Allah..ampunkan dosa2ku..jadilah aku seorang suami yg soleh dan isteriku solehah..aminn..

Aku doakan agar hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat..

Buat sidia (tunangku)..I love u and miss u so much...

1 comment:

  1. emm jap je kan masa berlalu..i love u n i miss u so much too.muaaaahhhhhh..

    ReplyDelete